Saturday, 27 October 2012

Orchids(butterfly/Phals)maklumat lengkap bagi peminat orkid

ORCHIDS IN MALAYSIA

Saya peminat pokok orkid....disini, saya nak kongsi pengalaman dalam penjagaan pokok orkid di Malaysia.
Orkid adalah pokok yang suka pada suhu lembap dan redup...ia mudah dijaga, tidak 'cerewet' dan tak perlu banyak perhatian. 
Bagi yang sibuk bekerja..pokok nie memang sesuai..sebab tak perlu disiram setiap hari... 

PENJAGAAN 

 Ramai dikalangan kita yang ada pokok nie kurang pengetahuan mengenai penjagaan  yang betul..masa saya baru tanam pokok nie pun susah gak nak dapatkan informasi...Penjagaan pokok nie berbeza mengikut negara, cuaca dan jenis pokok..jadi perlu berhati-hati....Kalau bagi yang celik 'IT' nasihat saya... jangan terlalu mengikut 100% informasi yang diberikan di dalam google terutamanya yang datangnya dari negara 4 season nie.. disebabkan cuaca yang berbeza dan baja yang berbeza boleh membunuh orkid anda..Ingat!! cuaca panas di Malaysia lebih panas... 

Kebanyakkan jenis orkid perlu diletakkan di tempat yang redup dan tidak langsung kena pancaran panas matahari...kalau terkena 'direct' sunlight daunnya akan kekuningan dan kelihatan seperti terbakar...akar 'ariel' pula akan kering...Lama kelamaan, tamatlah riwayatnya.. Juga pastikan pokok orkid tidak diletakkan pada tempat yang mungkin akan terkena 'direct' rain..hujan yang lebat akan menyebabkan ia mati juga..Akarnya pula akan reput..So, pendek kata...pokok nie tak leh TERLALU banyak air dan tak leh tahan panas... :(.. Siram hanya bila medium seperti moss atau arang (kebiasaan digunakan di Malaysia) menjadi kering.

Baja yang betul menghasilkan pokok dan bunga
yang cantik dan sihat

PEMBAJAAN YANG BETUL

Baja juga faktor penting bagi menjamin kesihatan pokok orkid nie...kalau salah pakai baja..ia juga akan mati...gunakan baja yang spesifik untuk orkid dengan kadar yang betul..'too much' will kill it and 'too little' wont make any difference...baja mengikut keperluan pokok itu..setiap tahap tumbesaran pokok ini memerlukan baja yang berbeza. Baja cecair dan baja organik yang biasanya dijual di supermarket dan nurseri mempunyai fungsi yang terhad dan beza..jadi, pilihlah yang bersesuaian dengan pokok anda!! :)
Bagi pokok orkid saya (dlm semua gambar dalam blog) saya gunakan mixing saya sendiri dan ternyata ia berkesan...pokok saya lebih sihat, tidak mempunyai bintik hitam pada daun dan berbunga lebih banyak..buat masa nie, saya ada hampir 50 koleksi pokok orkid dari pelbagai jenis..semuanya berbunga dan menjadi penyeri rumah..kebanggaan saya !! :)


Ingin membeli baja orkid dari saya?
Tempah online Hubungi saya di lysa_hasain@yahoo.com
Harga : Baja tumbesaran + bunga : RM 12.00 btl/1.5ltr (Boleh terus digunakan)
 Baja organik (supplement tambahan) : RM 10.00 pkt
(penggunaannya sedikit dan tidak menjejaskan pokok..)



                                                                                    MENUKAR PASU
Menukar pasu boleh membuat pokok orkid agak stress. Oleh itu, tukar hanya jika benar-benar perlu sahaja. Jika pokok orkid 'stress' ia akan merajuk dan tidak akan mengeluarkan bunga untuk masa  yang lama. Biasanya, pokok yang dibeli dari nursery didatangkan dalam pasu plastik, biarkan seadanya sekurang kurangnya selama 2 tahun sehingga ia benar benar matang. Tukarkan pasu hanya selepas pokok itu tidak berbunga atau sudah habis berbunga. Potong tangkai bunga, supaya dapat menggalakkan pokok supaya berbunga lagi. Buangkan akar-akar yang sudah reput dan cuci dengan air bersih tanpa merosakkan atau mematahkan akar yang masih elok. Pastikan pasu yang baru ada banyak lubang pengudaraan yang banyak..kerana faktor cuaca yang agak panas di Malaysia. Ini juga adalah untuk memastikan air yang disiram tidak bertakung supaya tidak mereputkan akar pokok. Akar Orkid nie sensitif. Gunakan medium yang baik supaya pokok dapat tahan lama. 
Saya menggunakan medium campuran saya sendiri. Bagi pokok orkid biasa, saya menggunakan campuran arang dengan mix ciptaan saya. Saya menggabungkan sedikit anti penyakit dan penyah bakteria di dalam medium arang ini dan nah Ia terbukti  menjadikan pokok saya lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Ingin membeli medium campuran arang ciptaan saya? 
Tempah Online Hubungi saya di lysa_hasain@yahoo.com
Harga : Arang mix : RM 10.00/PKT














BUTTERFLY ORCHIDS FOR SALE/UNTUK DIJUAL

Butterfly orkid adalah orkid jenis berbunga besar dan mudah dijaga. Ia jenis pokok yang gemar disimpan di dalam rumah. Jenis Home plant. Mudah dijaga dan tidak perlu perhatian yang teliti. 
Ia berfungsi sebagai penyeri dalaman rumah anda dan bunganya tahan sangat lama. Ia kelihatan seperti bunga palsu dan memberikan oksigen tambahan tanpa sebarang bau yang kurang disenangi. 

Saya bermula dengan hanya 1 pokok butterfly orkid kerana harganya yang agak mahal di pasaran. Kini, saya  mengusahakan perniagaan orkid butterfly ini diatas permintaan yang tinggi dari teman - teman dan jiran tetangga. Saya menanam pokok ini sendiri supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memiliki beberapa pilihan butterfly orkid ini. Peminat orkid kini tidak perlu risau pasal harga yang mahal lagi untuk memiliki 'the natures true beauty' lagi. Pilihan dari pokok hibrid kacukan, jenis bunga yang 'rare' and limited species dan yang biasa dalam pasaran.. Beberapa pilihan warna dan jenis butterfly orkid yang boleh dipilih  adalah seperti dibawah.

Harga bermula serendah RM 35.00 sepokok bagi jenis yang biasa hingga ke RM 90.00 bagi jenis limited and rare. (hanya beberapa pasu yang dijual di Malaysia dan warna bunga tidak mudah didapati dipasaran)   

bunga
Berbunga putih dan mempunyai tompok kuning di bahagian tengah. Berbunga dengan lebat dan jenis berbunga besar. Jenis pokok ini agak biasa didapati di kebanyakan nursery di Malaysia.
Harga:RM 40.00 seunit
Bunga bewarna kekuningan, kelopak yang tebal dan merah ditengah. Berbunga dengan banyak.
Harga : RM 35.00 seunit























Harga RM 30 - RM 35.00 / UNIT



moth orchid price RM 30.00/unit

Pilihan Jenis Butterfly dan Moth orchid yang berbagai bagai warna terdapat di dalam simpanan saya. Jika berminat, sila Hubungi saya
lysa_hasain@yahoo.com atau 'find' saya di facebook at lysa hasain.

Saya juga menjalankan Klinik Orchid bagi yang berminat.
Klinik Orchid ini adalah bagi memulihkan pokok orkid yang sakit dan perlukan rawatan. Sesetengah pemilik tidak tahu macam mana hendak merawat orkid yang sakit, jadi mereka akan hantarkan pada saya untuk rawatan. Setelah pulih, ia akan dihantar semula kepada pemilik. Kos rawatan sepokok Orkid bergantung kepada tahap sakit pokok itu sendiri. Perlu diagnos dulu.. :) tetapi tidak pernah lebih dari RM 30.00/unit







Disini, saya kongsikan beberapa gambar koleksi peribadi pokok orkid saya untuk tatapan anda semua. Saya berharap anda dapat sedikit sebanyak maklumat yang berguna bagi penjagaan pokok orkid kesayang anda. 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, silalah e-mail saya di lysa_hasain@yahoo.com atau sila 'like' saya di facebook @ lysa hasain. Happy Orkid!! :) 



























     























2 comments:

  1. nice blog. we provide automatic watering system or orchid etc
    www.sprinklerhouz.com

    ReplyDelete
  2. Saya brmnt gak dgn orkid ni to x la smpi fanatik sgt.... mcma nk tanm bbrpa pkok orkid dlm satu pasu bsr ...perlu x say bubuh tanah?

    ReplyDelete